Flower Fever
Racun
23.2.15 | 12:05 PG | 0 ♥ Sweet Talking
Racun;
Bisa mematikan
Bisa menamatkan
Bisa menyudahkan

Tetapi mengapa,
racun ini lain benar racunnya
berkali-kali aku dibunuhnya
berkali-kali aku dihapuskannya
berkali-kali aku ditamatkannya,
Namun jiwa ini tidak pernah serik

Seringkali aku dibunuh oleh racun yang sama,
biarpun botol yang berbeza,
label yang berbeza,
warna yang berbeza,
Kesannya hampir sama..

Bila akan ku temu racun yang serasi
Yang bisa buat matiku jalan ke syurga...


Fresh Start
13.2.15 | 12:43 PG | 0 ♥ Sweet Talking
Assalamualaikum readers :)

Hmm,first post after graduate. Feelin awkward sangat sebab dah lama sangat tinggal benda benda nie. Last post pasal Double S. Well, it has ended longggg time ago.

So, quick update pasal i. Dah grad dengan result yang menceriakan, still menganggur, gaining few kilos (HAHAHA), and still havent met the one. Maybe masa degree (innshaAllah) nanti jumpa kot. Tapi bila fikir balik, i taknak buat kerja bodoh lagi masa degree nanti. Cukuplah dah buat all crappy thing which end up not very well for me masa diploma. Menyesal? Not much since semua tu mengajar i untuk hargai hidup i yang serba serbi cukup ni.

Banyak sangat benda yang i tak update kat blog nie. Benda benda menarik yang jadi masa diploma. For example, experience pergi Pulau Sibu, Pulau Pinang, Pulau Tioman and Cameron Highland. One of my bff pernah cakap, kalau i teruskan blog nie dari dulu mesti best sebab boleh jadi macam travelogue. Well, benda dah lepas and lets move on.

Now, duduk kat rumah je sementara nak tunggu konvokesyen lewat bulan depan. Rasa macam taknak pergi since nothing interesting happen in my life. Nanti masa reunion mesti semua sibuk cerita pasal new life, new job and new friend. I'm damn sure nobody wants to hear about penganggur yang rutinnya sama je.

Takpelah,ngadap jelah. bye!


Cameron Highland - Nov 2014

Double S
3.7.12 | 12:53 PG | 0 ♥ Sweet Talking


Assalamualaikum readers :)

I tengah cuti sem so banyak masa :) Actually tak lah sangat since kerja-kerja kat rumah nie bukan ada kaki pun nak bergerak sendiri .Okay-okay,skip ke tajuk . Double S? yeah. Syai-Syafik . Ahak3..

Officially taken. Okay,seriously aku cuba sedaya upaya buat entri nie tak macam entri gegirl yang baru belajar nak couple or tremendously excited about their boyfie. Im gonna say that its just another relationship that baru belajar nak bernafas. Tak letak harapan apa-apa sebab im mature. Belajar dari hubungan dan kekecewaan yang dulu. Harapan yang buat aku patah hati,menangis then mengacau motivator aku yang sibuk nak STPM tu. Kadang-kadang aku belajar untuk simpan semua dalam hati so that dia tak sibuk fikir ape nak nasihat aku :) thankss a lot Buddys .

So,back to topic. No.i'm done . That's all .
Senarai Rinduku
9.6.12 | 9:22 PG | 0 ♥ Sweet Talking

Rindu berbalas pantun
Rindu selak fail budak tu,baca sajak dia
Rindu duduk dalam kelas time rehat,bergossip
Rindu serbu toilet lelaki
Rindu naik bas sampai tampin semata-mata nak dapatkan kesejukan dalam KFC
Rindu naik kereta kelisa :)
Rindu gelak-gelak sampai orang sekeliling pandang-pandang
Rindu camwhore dengan BB orang
Rindu mengutuk orang dalam mukabuku
Rindu tengok wayang sama-sama
Rindu karoke sama-sama
Rindu makan kenduri rumah orang tu
Rindu kena brainwash sama-sama
Rindu nangis sama-sama
Rindu naik ambulans sama-sama
Rindu :)


Sepuluh kali aku cakap rindu,1000 kali rindu tu bertandang kat jiwa nie :)
Ya Allah,kau lindungilah persahabatan kami ini.. Hindarkanlah sifat hasad dengki dan iri hati . 
Kau berikanlah kami kekuatan dalam menempuhi hidup ini .
Terangkanlah hati kami agar kami dengan mudah menerima ilmu .
Aminn :)


Older Post
♥ Le' Flower ♥


  
 
Syai Hidayah
Alumni Politeknik Merlimau
Love for tourism,never die :)
Three words; work for success
One thing for sure,I'm in love with pantun :)

♥ Le' Talk ♥


♥ Le' Credit ♥

Skin By Flower of : //Suhaila Roslan
Edit By Flower of: //Syai Hidayah